Halaman


welcome!

...

0

Pergerakan Otot Ketika Senyum..

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga meransang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklum balas' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.

Guillaumie Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anotomi senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman yang sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di mulut, malahan otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya menggerakkkan otot di sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.

Kajian berkaitan senyum telah dilakukan oleh penyelidik di Wayne State University. Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh dengan hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' jangka hayatnya 75 tahun, sedangkan mereka yang dalam kategori 'senyum lebar' hidup sehingga 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psyicological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.
0

Jenis-jenis senyuman....!!!!

Senyuman juga mempunyai banyak jenis...
Jom kita kenali jenis-jenis senyuman ini...!!!

1) Senyuman bajet cute
Senyuman jenis ini biasanya dimiliki oleh orang yang berlagak diva. Tak pun selalu
dipamerkan oleh orang yang kerap tersipu-sipu apabila diusik. Senyum jenis ini sengaja
menaikkan pipi kembung dengan mengecilkan luas bukaan mulut.

2) Senyum kambing
Senyum ini biasanya bermaksud mengejek atau memerli...

3) Senyum orang tua yang berhemah
Sebagai contoh situasi yang dapat kita lihat adalah apabila anak gadis yang tersipu-sipu
apabila menerima rombongan lamaran daripada jejaka pilihan hati. Ayahnya tersenyum
dengan penuh hikmah, faham anaknya tengah terlalu gembira...hehheh...

4) Senyum hati girang
Senyuman ini dipanggil sebagai senyuman penuh. Apabila kita nampak keseluruhan gigi dia,
maksudnya hati dia tengah girang. Senyuman ini juga nampak lebih ikhlas berbanding
dengan senyuman lain.

5) Senyum orang alim
Senyuman orang alim memang manis sekali. Sejuk mata memandang kerana auranya
terpancar di muka mereka..

6) Senyum malu tapi mahu
Pepatah yang paling sesuai ialah "malu-malu kucing"....
0

Senyum itu sedekah...


Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum juga pemanis wajah, senyum penambah kecantikan, dan yang paling penting senyum memberikan seribu makna serta kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahutb perintah Allah dan Rasulullah, senyum kerana bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan, dan senyum bukan ciri-ciri orang yang sombong.....

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas...
Senyum rekaan adalah senyuman kepura-puraan dan kejahatan.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan... Senyum tidak menggunakan banyak tenaga, tetapi senyum mempunyai banyak kebaikan... Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah.. BersamaNya , rahmat dan nikmat tidak dapat dijual beli.

Rasulullah saw bersabda bahawa anak keturunan Adam mempunyai kewajipan untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak mempunyai apa-apa bertanya "Jika kami ingin bersedekah, namun tidak mempunyai apa pun, lantas apa yang bisa kami sedekahkan dan bagaimana kami ingin menyedekahkannya?"

Rasulullah SAW bersabda "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan kepada seseorang juga sedekah."(HR Tarmizi dan Abu Dzar)

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah, "Tersenyum ketika bertemu dengan saudaramu merupakan ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Mungkin kita sering terfokir bahawa senyum itu berkait rapat engan harta benda seperti pemberian wang, baju ataupun barang-barang lain yang boleh nampak dan dinikmati. Namun, kamu semua perlu tahu senyum adalah salah satu sedekah yang sangat digemari oleh Rasulullah dan orang yang selalu senyum kepada saudaranya akan disayangi Allah SWT.
0

TiPs UntUk sEnyUmAn mEnaWAn kAlbU....





Senyuman juga memerlukan tips.... Terutamanya bagi gadis-gadis kerana senyuman ini dapat memaparkan penampilan sebenar mereka. Jadi, untuk mendapatkan senyuman yang menawan ikutlah tips yang tidak seberapa ini....huhuhu.....





  1. Benarkan diri kamu tersenyum. Berikan bibir anda kebenaran untuk senyum. Jika kamu takut untuk senyum, ingatlah senyum senyuman itu amat berkuasa. Kuatkan diri dan senyumlah walau kamu takut senyuman kamu itu tidak akan berbalas... Tapi ingatlah senyuman itu akan terbalas juga satu hari nanti.


  2. Ikhlaskan senyuman...Walau secantik mana pun rupa kamu, orang yang melihat senyuman kamu itu pasti tidak akan rasa apa-apa dan kamu tidak perlu marah jika mereka tidak membalas senyuman kamu kerana senyuman itu tidak ikhlas.


  3. Fikirlah perkara-perkara yang menggembirakan, nescaya senyuman kamu itu senyuman yang terhebat. Secara tidak langsungnya, orang yang melihat kamu senyum itu akan turut merasai kegembiraan dalam hati kamu.


  4. Senyumlah dengan mata... Walau kamu senyum tetapi mata kamu menjuling ke arah orang itu, senyuman itu tidak akan membawa makna apa-apa. Senyumlah sehingga nampak kerdipan cahaya dalam mata kamu...


  5. Elakkan tersengih... kerana sengih itu bukan senyuman....heheheh... Lakukanlah sendiri dan kamu akan tahu bezanya senyum dan sengih....


  6. Kekalkan kesihatan mulut jika mahu senyuman yang menawan. Kamu mahu dilihat dengan senyuman yang dipenuhi sisa makanan dicelah gigi?? Ataupun kesan kavita yang memberikan kesan warna kuning ke atas gigi kamu?? Sudah semestinya tidak mahu bukan.... Jadi, jagalah kesihatan mulut untuk memberikan senyuman yang akan membuatkan orang lain senang hati melihatnya.


  7. Pastikan penjagaan bibir diambil kira. Bibir yang merekah dan kelihatn kering menjadikan senyuman kelihatan kurang menarik. Pastikan pemakaian lip balm dan minumlah air masak sebanyak mungkin bagi mengekalkan kelembapan bibir yang optimum.


  8. Senyum dengan hanya menampakkan gigi bahagian atas. Elakkan senyum dengan menampakkan keseluruhan gigi. Amatlah tidak menarik dan senyuman juga kelihatan buruk. Kamu boleh melihat contoh senyuman model-model dalam majalah yang sangat cantik dan menawan.. Mana tahu kamu juga boleh menunjukkan bakat senyuman kamu itu juga untuk menjadi model...heheheh...


  9. Separuh senyum, separuh ketawa... Wah!!! Senyuman sebegini lah yang paling hebat... Senyuman ini yang dikatakan memukau, menggoda dan dapat memikat hati lelaki... Benarkah???






0

KEBAIKAN SENYUMAN......



  • Kalau kamu merajuk, merajuklah kamu sendirian. Tetapi jika kamu senyum, satu dunia akan turut senyum bersama kamu. Tetapi bukan semua senyuman boleh membuat orang lain tersenyum. Senyum juga ada pelbagai tafsiran.

    Senyuman adalah satu perkara yang mengagumkan dalam kehidupan seharian kita. Percaya atau tidak, jika kamu kaji dan lihat, dengan senyuman kamu mampu menukarkan peristiwa buruk menjadi baik, ahli-ahli korporat mendapat kontrak perjanjian hanya dengan pandangan pertama mereka yang diberikan senyuman, dan kita mendapat kawan ke mana sahaja kita menjejakkan kaki jika kita ikhlas memberikan senyuman.

    Aku juga merupakan seorang manusia yang senang tersenyum dan mudah memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja walaupun hati tengah bergolak. Namun, ketiaka taufan dan ribut yang terlalu dasyat melanda dalam hati dan jiwaku ini menyebabkan senyuman yang ku ukir langsung tidak menampakkan senyuman yang ikhlas. Aku mengakuinya...Hari-hari yang berlalu dalam hidupku kebanyakkannya penuh dengan senyuman. Ya, itulah kegembiraan dalam hidup.

    Senyuman memberiakan banyak kebaikan. Ianya menjadikan suasana kurang tegang, perasaan takut hilang, dan yang paling penting senyuman dapat memikat hati orang tersayang...heheheh.....Itulah salah satu kebaikan senyuman....

    Semua orang tahu senyuman mempunyai banyak sangat kebaikannya.. Untuk diriku sendiri, senyuman merupakan hati dalam kehidupan...


  • Senyuman meningkatkan penampilan kamu.... Pernah kamu puji orang yang bermuka masam? Sudah tentu tidak bukan? Kamu hanya kan kelihatan hebat hanya apabila kamu tersenyum.


  • Senyum mengubah segalanya.... Perkara yang buruk akan menjadi baik apabila terukirnya senyuman. Jika bergaduh dengan seseorang, dan salah seorang memberikan senyuman, itu tandanya mahu berbaik semula...hehehe... Jika tersenyum juga, orang yang berasa sunyi dan ketiadaan kawan juga dalam kesusahan akan datang kepada kamu kerana mereka tahu kamu akan menerima mereka dengan senyuman yang iklas dan akan memberikan mereka harapan.


  • Senyum menciptakan kepercayaan dan keyakinan.... Senyumlah sambil berkata, "ya, saya Ok"....Dengan meliahatsenyuman itu orang percaya pada kamu dan percaya kamu benar-benar Ok...


  • Senyumlah dan kamu sendiri akan berasa tenang dan gembira... Walaupun hati kamu sedih dan dalam keadaan susah, tetap senyum dan yakinlah segalanya akan menjadi baik.


  • Jika sendiri senyum sendiri rasa baik, impaknya besar kepada orang lain... Kamu senyum dan kamu memberikan perasaan bagus dan baik kepada orang lain, dan orang lain akan berasa gembira. Ini terbukti kamu telah menyebarkan virus kegembiraan kepada semua orang.


  • Kebaikan yang paling penting jika kita senyum adalah kedutan dan garis-garis halus di muka akan berkurangan dan kamu akan kelihatan lebih muda. Bak kata pepatah Melayu "SENYUM ITU AWET MUDA"....


  • Jika mahu panjang umur, seyumlah selalu.... Itulah pepatah Orang-orang tua yang tidak mahu melihat anak cucunya berada dalam keadaan susah...






Back to Top