Halaman


welcome!

...

0

Pergerakan Otot Ketika Senyum..

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga meransang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklum balas' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.

Guillaumie Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anotomi senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman yang sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di mulut, malahan otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya menggerakkkan otot di sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.

Kajian berkaitan senyum telah dilakukan oleh penyelidik di Wayne State University. Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh dengan hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' jangka hayatnya 75 tahun, sedangkan mereka yang dalam kategori 'senyum lebar' hidup sehingga 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psyicological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.

0 ulasan:

Back to Top